Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa pengikut mazhab Syiah telah diserang oleh perusuh Wahabi di tanah suci Mekah. Kejadian ini berlaku ketika pengikut Syiah yang berasal dari Metro Detroit, Amerika Syarikat ini sedang sibuk mengerjakan manasik haji pada hari Khamis lalu.Menurut laporan berita al-Watan, salah seorang saksi yang juga pegawai kawasan Mina berkata, segerombolan jemaah haji Lubnan telah memasuki kem nombor 40 yang disediakan untuk warga Amerika, Eropah dan Australia. Jemaah haji yang beraliran Wahabi tersebut bertanya tentang mazhab yang dianuti oleh mereka yang menempati kem tersebut. Kumpulan Wahabi tersebut langsung berteriak "kafir, kafir" dan mula merusuh apabila dijawab bahawa mereka bermazhab Syiah.Rusuhan disusuli dengan serangan terhadap jemaah haji Amerika dan setelah itu 3 orang daripadanya dibawa ke kem yang lain untuk ditumbuk dan ditendang sehingga cedera parah.Perusuh Wahabi setelah itu turut memasuki kem wanita dan memukul sambil memaki hamun. Namun beberapa pemuda bergegas memasuki kem tersebut dan menyelamatkan penghuninya.Setelah itu penyerang pergi ke beberapa kem yang lain sambil mengeluarkan ugutan sambil berteriak, "Kami akan bunuh lelaki Syiah dan memperkosa wanita mereka."Menurut saksi yang enggan namanya disiarkan itu, situasi menjadi aneh apabila pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan terbabit hanya berdiam diri ketika melihat kejadian tersebut.Saksi menambah, "Setelah peristiwa pahit ini terjadi, dengan perasaan kecewa jemaah haji Syiah meninggalkan kem tersebut dan pergi ke hotel mereka di Mekah yang mana saya merupakan salah seorang penyelianya. Saya amat takut terhadap peristiwa ini. Ketika ada orang yang mengeluarkan ugutan bunuh terhadap anda, dan berteriak di khalayak ramai bahawa mereka akan memperkosa perempuan anda, namun tak ada sesiapa pun yang memperdulikannya."
Jemaah Haji sedang menunggu bas untuk kembali ke Mekah.Beliau menambah, "Ketika jemaah haji Syiah keluar dari kem menuju ke jalan raya, pasukan polis pun datang, berjanji akan bekerjasama dengan mereka dan akan menghadapi perusuh. Pasukan polis yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap para perusuh bertindak memadam semua video rakaman yang terdapat di telefon genggam mangsa serangan."Beberapa jam setelah itu para jemaah haji yang tidak mendapat perlindungan polis ini kembali ke Mina untuk melontar Jamarah walaupun masih trauma dengan perusuh dan melihat diri mereka dalam bahaya," lapor saksi tersebut.
18 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 473706
Perusuh Wahabi menyerang jemaah haji Amerika yang bermazhab Syiah.